SOP Norma baharu
Sebelum penerbangan
- Pelanggan berumur 18 tahun dan ke atas sahaja dibenarkan menunaikan umrah buat masa ini sama ada menggunakan Visa Umrah atau Visa Pelancong (tertakluk kepada perubahan SOP semasa Arab Saudi).
- Pelanggan yang telah divaksin penuh sahaja dibenarkan menunaikan umrah dan masuk ke negara Arab Saudi. Berikut adalah maklumat vaksin yang diiktiraf dan diluluskan kerajaan Arab Saudi:
- 2 dos vaksin Pfizer-BioNTech / Comirnaty, telah melepasi 14 hari tempoh inkubasi setelah dos ke-2. Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari sebelum perjalanan umrah.
- 2 dos vaksin Oxford-AstraZeneca / Covishield / SK Bioscience / Vaxzevria, telah melepasi 14 hari tempoh inkubasi setelah dos ke-2. Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari sebelum perjalanan umrah.
- 2 dos vaksin Moderna / Spikevax, telah melepasi 14 hari tempoh inkubasi setelah dos ke-2. Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari sebelum perjalanan umrah.
- 1 dos vaksin Johnson & Johnson, telah melepasi 28 hari tempoh inkubasi setelah dos pertama. Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari sebelum perjalanan umrah.
- 2 dos vaksin Sinovac / Coronavac, telah melepasi 14 hari tempoh inkubasi setelah dos ke-2. Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari sebelum perjalanan umrah.
- 2 dos vaksin Sinopharm / Covilo, telah melepasi 14 hari tempoh inkubasi setelah dos ke-2. Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari sebelum perjalanan umrah.
- 2 dos vaksin Pfizer-BioNTech / Comirnaty, telah melepasi 14 hari tempoh inkubasi setelah dos ke-2. Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari sebelum perjalanan umrah.
- Pelanggan diwajibkan mencarum insurans Covid-19 yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi ketika permohonan Visa Umrah atau Visa Pelancong.
- Pelanggan perlu menyediakan sijil vaksinisasi rasmi yang diperolehi melalui aplikasi MySejahtera dan menyerahkan kepada wakil syarikat. Sijil tersebut perlu dibawa untuk semakan di lapangan terbang.
- Pelanggan perlu melakukan ujian RT-PCR Covid-19 di klinik/hospital di kawasan masing-masing dalam masa 48 jam sebelum penerbangan ke Arab Saudi dan perlu mendapatkan keputusan negatif. Keputusan ujian RT-PCR Covid-19 perlu diserahkan kepada pihak syarikat. Sekiranya pelanggan mendapat keputusan positif, pelanggan tidak dibenarkan menyertai perjalanan umrah dan penjadualan semula penerbangan akan dilakukan (tertakluk kepada kebenaran dan SOP semasa Saudi Airlines / syarikat penerbangan). Kos ujian RT-PCR Covid-19 ini perlu ditanggung pelanggan.
- Pihak syarikat akan mendaftarkan pengesahan vaksinisasi pelanggan melalui laman web Muqeem dalam masa 72 jam sebelum penerbangan. Sijil pengesahan tersebut perlu dibawa untuk semakan di lapangan terbang.
- Setiap pelanggan diwajibkan mempunyai telefon pintar dan perlu memuat turun aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna untuk digunakan di Arab Saudi. Pelanggan perlu memastikan bateri telefon pintar sentiasa penuh sebelum bertolak.
- Setiap pelanggan perlu memastikan telah diberikan Pasport dan Fail Khas ketika di lapangan terbang oleh wakil syarikat. Fail ini mengandungi dokumen penting bagi perjalanan umrah.