TERMA & SYARAT UMRAH
Syarat-Syarat Penerimaan Tawaran Perkhidmatan Umrah
- Pelanggan perlu menghubungi Taiba Travel & Tours Sdn Bhd untuk memastikan sekiranya masih ada kekosongan pada tarikh yang dipilih serta mendapat maklumat lengkap mengenai pakej tersebut.
- Semasa berdaftar, pelanggan perlu menetapkan jenis bilik yang dikehendaki (Quad/Triple/Double). Sekiranya menempah bilik berempat (Quad), pelanggan mesti mendatangkan empat orang atau menunggu pelanggan lain untuk menumpang sekiranya ada. Sekiranya tidak ada, pelanggan akan dicaj mengikut kekosongan jenis bilik yang sedia ada.
- Jumlah kanak-kanak mestilah tidak melebihi 10% untuk satu PNR.kumpulan. Jika melebihi 10% diskaun kanak-kanak tidak akan terpakai dan perlu membayar harga dewasa.
- Setiap tempahan perlu disertakan dengan wang deposit sebanyak RM1,500 atau RM500 seorang termasuk bayaran visa. Bayaran penuh perlu dijelaskan selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh penerbangan bagi mengelakkan pembatalan tiket.
- Pembayaran boleh dibuat menggunakan wang tunai/perbankan atas talian/cek/ draf bank diatas nama Taiba Travel & Tours Sdn Bhd melalui nombor akaun 02039010102405 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD). Pembayaran melalui pihak ketiga tidak diterima. Bukti pembayaran perlu disrahkan kepada pihak syarikat.
- Semua pakej umrah tertakluk kepada syarat kelulusan visa dari kerajaan Arab Saudi.
- Aturcara perjalan dan lawatan yang ditawarkan tertakluk kepada perubahan SOP semasa oleh kerajaan Arab Saudi.
- Setiap pelanggan diwajibkan mempunyai telefon pintar yang menyokong aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna. Kedua-dua aplikasi ini wajib dimuat turun oleh pelanggan untuk digunapakai di Arab Saudi.
- Setelah pengesahan umrah dibuat, sebarang perubahan kepada tempahan yang dipohon oleh pelanggan akan dikenakan caj pindaan RM300 seorang bagi setiap pindaan serta kos-kos yang terlibat kerana pindaan. Tiada perubahan yang boleh dibuat dalam masa 30 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan.
- Pihak Taiba Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung kerugian bagi apa-apa perbelanjaan atau bayaran balik pakej umrah sekiranya pelanggan tidak dibenarkan keluar dan masuk negara oleh pihak imigresen kerana melanggari undang-undang Malaysia atau Arab Saudi.
- Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat sekiranya pelanggan tidak mengunakan mana-mana perkhidmatan yang termasuk dalam pakej atas sebab peribadi.
- Pelanggan yang memanjangkan tempoh tinggal di Arab Saudi untuk aktiviti.perjalan peribadi mesti mendapatkan kebenaran dari pihak Taiba Travel & Tours Sdn Bhd terlebih dahulu.
- Harga yang ditunjukkan adalah harga pada masa penerbitan. Harga tertakluk kepada perubahan yang disebabkan oleh kenaikkan pada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos hotel, kadar pertukaran matawang asing, cukai kerajaan Arab Saudi dan Malaysia. Pihak Taiba Travel & Tours Sdn Bhd berhak menaikkan harga pakej berdasarkan kenaikkan harga kos semasa melalui notis makluman.
- Sekiranya terdapat pembatalan dengan sebab menarik diri daripada pakej oleh pihak pelanggan tanpa sebab yang sewajarnya dalam tempoh kurang daripada 30 hari daripada waktu penerbangan, maka tiada pengembalian wang pakej dikembalikan kepada pelanggan.
- Sekiranya terdapat perubahan tarikh dan masa oleh syarikat penerbangan atau perubahan situasi semasa keadaan di Arab Saudi yang memerlukan kepada tambahan penginapan, pengangkutan dan jadual program, pengiraan alternatif kos tambahan akan dilaksanakan dan Taiba Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas kos tersebut.
- Pihak Taiba Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk membatalkan atau menarik balik sebarang tempahan dan jadual perjalan, atau enggan menerima seseorang menjadi pelanggan sekiranya dia didapati membahayakan keselamatan atau kesihatan, atau dia menganggu keselesaan dan keseronokan pelanggan lain dalam kumpulan tersebut.
- Pihak pengurusan Taiba Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk menolak, mengubah, meminda, memadam atau menambah terma dan syarat yang dinyatakan atau menarik balik sebarang promosi pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
UMRAH
Pakej Termasuk
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
- Permohonan Visa Pelancongan (tertakluk kepada kelulusan dan perubahan SOP semasa kerajaan Arab Saudi):
- Visa ini akan digunapakai dan hanya dibenarkan kepada pelanggan warganegara Malaysia, Singapura dan Brunei sahaja di kawasan Asia Tenggara.
- Pelanggan berumur 18 tahun ke atas boleh memohon sendiri, manakala pelanggan berumur di bawah 18 tahun boleh memohon bersama penjaga.
- Visa sah digunapakai selama setahun dari tarikh permohonan. Tempoh maksima dibenar tinggal di Arab Saudi adalah selama 3 bulan (90 hari). Visa ini adalah kemasukan berulang (multiple entry).
- Harga visa termasuk dengan pelan insurans Covid-19 yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.
- Visa ini hanya terpakai kepada penerbangan berjadual (schedule flight) sahaja yang masuk melalui Terminal Antarabangsa Arab Saudi. Penerbangan sewa khas (charter flight) tidak dibenarkan menggunakan visa ini.
- Pihak Taiba Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau faktor keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada kedutaan Arab Saudi.
- Atau permohonan Visa Umrah (tertakluk kepada kelulusan dan perubahan SOP semasa Arab Saudi):
- Visa ini ini hanya akan digunapakai kepada warganegara selain Malaysia, Singapura, dan Brunei, atau mereka yang memerlukan dan tertakluk atas faktor-faktor tertentu yang akan dinilai oleh TaibaTravel & Tours Sdn Bhd.
- Pelanggan lelaki di bawah umur 18 tahun serta pelanggan wanita berumur 45 tahun ke bawah perlu kepada mahram.
- Pelanggan perlu mengemukakan salinan dokumen mahram yang disahkan oleh Jabatan Kerajaan berkaitan.
- Visa sah digunapakai selama 30 hari dari tarikh dikeluarkan. Tempoh maksima dibenar tinggal di Arab Saudi adalah selama 30 hari. Visa ini adalah kemasukan sekali (single entry). Harga visa termasuk dengan pelan insurans Covid-19 yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.
- Pihak Taiba Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau faktor keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada kedutaan Arab Saudi.
- Visa ini ini hanya akan digunapakai kepada warganegara selain Malaysia, Singapura, dan Brunei, atau mereka yang memerlukan dan tertakluk atas faktor-faktor tertentu yang akan dinilai oleh TaibaTravel & Tours Sdn Bhd.
- Visa ini akan digunapakai dan hanya dibenarkan kepada pelanggan warganegara Malaysia, Singapura dan Brunei sahaja di kawasan Asia Tenggara.
- Penginapan, makan dan minum serta pengangkutan di Arab Saudi termasuk cukai seperti mana dinyatakan di dalam pakej.
- Tempat lawatan seperti mana yang dinyatakan dalam pakej (tertakluk kepada kebenaran dan perubahan SOP semasa kerajaan Arab Saudi).
- Barang hadiah seperti mana dinyatakan dalam pakej.
- Air Zamzam (tertakluk kepada kebenaran semasa kerajaan Arab Saudi).